Wednesday 23 May 2012

MAKANAN TAMBAHAN PROTEIN MERUPAKAN GANTIAN SARAPAN SERTA KELEBIHANNYA


Sesetengah makanan tambahan protein mengandungi soya, dan soya khususnya bermanfaat dalam mengurangkan kolestrol. Sekarang terdapat dua minuman gentian sarapan yang teruji secara klinikal dari Shaklee corporation yang dikenalai sebagai Meal Shake. Dari segi permakanan, ia boleh dianggap superior dengan lemak yang rendah serta mengandungi protin berkualiti tinggi, dan rasa semestinya enak.

Barangkali kebanyakan orang Malaysia memikirkan mereka sudah menerima protein yang cukup. Lagi pun, kita diseluruh Negara memakan beribu-ribu paun daging lembu, ayam, itik, dan telur setiap hari. Kenapa pula kita memerlukan makanan tambahan protein?
  
Sebabnya ialah sumber-sumber protein bagi rakyat Malaysia nampaknya cenderung mengandungi banyak lemak dan kolestrol, kita menerima kira-kira 40 peratus kalori kita dapat daripada lemak. Mengikut nasihat pakar kita perlu menghadkan pngambilan lemak kita sekurang-kurangnya  kepada 30 peratus bagi keseluruhan kalori. Kerana lemak tepu dan kolesterol merupakan penyebab utama bagi penyakit jantung pembunu nombor satu di Negara kita.

Kelebihan yang diperolehi dari makanan tambahan protein atau minuman gentian sarapan berkualiti tinggi yang lengkap ialah ia dapat membekalkan kita protein tanpa kolesterol dan lemak yang minimum. Dan keluaran yang diperbuat daripada protein soya akan member kelebihan yang banyak

No comments:

Post a Comment