Wednesday 23 May 2012

MAKANAN TAMBAHAN PROTEIN MERUPAKAN GANTIAN SARAPAN SERTA KELEBIHANNYA


Sesetengah makanan tambahan protein mengandungi soya, dan soya khususnya bermanfaat dalam mengurangkan kolestrol. Sekarang terdapat dua minuman gentian sarapan yang teruji secara klinikal dari Shaklee corporation yang dikenalai sebagai Meal Shake. Dari segi permakanan, ia boleh dianggap superior dengan lemak yang rendah serta mengandungi protin berkualiti tinggi, dan rasa semestinya enak.

Barangkali kebanyakan orang Malaysia memikirkan mereka sudah menerima protein yang cukup. Lagi pun, kita diseluruh Negara memakan beribu-ribu paun daging lembu, ayam, itik, dan telur setiap hari. Kenapa pula kita memerlukan makanan tambahan protein?
  
Sebabnya ialah sumber-sumber protein bagi rakyat Malaysia nampaknya cenderung mengandungi banyak lemak dan kolestrol, kita menerima kira-kira 40 peratus kalori kita dapat daripada lemak. Mengikut nasihat pakar kita perlu menghadkan pngambilan lemak kita sekurang-kurangnya  kepada 30 peratus bagi keseluruhan kalori. Kerana lemak tepu dan kolesterol merupakan penyebab utama bagi penyakit jantung pembunu nombor satu di Negara kita.

Kelebihan yang diperolehi dari makanan tambahan protein atau minuman gentian sarapan berkualiti tinggi yang lengkap ialah ia dapat membekalkan kita protein tanpa kolesterol dan lemak yang minimum. Dan keluaran yang diperbuat daripada protein soya akan member kelebihan yang banyak

PENYAKIT JANTUNG

Serangan jantung merupakan penyebab utama kematian di setiap negara, penyakit ini merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Lebih daripada satu dalam tiga orang yang diserangi sakit jantung tidak dapat bertahan hidup. Setiap tahun kira-kira 350,000 mati akibat serangan jantung sebelum mereka sempat sampai ke hospital.
Tetapi serangan jantung merupakan hanya satu bentuk penyakit kardiovaskular (CVD), mana-mana bentuk sekalipun boleh jadi amat serius. CVD termasuk mana-mana penyakit pada jantung atau saluran darah, termasuklah hipertensi (tekanan darah tinggi),penyakit jantung koronari, penyakit jantung reumatik, dan strok.
Penyakit jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan. Risiko penyakit jantung meningkat dengan peningkatan umur. Berikut merupakan cara-cara untuk mengurangkan peluang-peluang anda untuk mendapat penyakit jantung:-

·         Mengawal tekanan darah.
·         Selalu bersenam.
·         Berhenti merokok.
·         Jalankan pemeriksaan kencing manis dan jika anda dijangkiti, ia mesti dibawah kawalan.
·         Periksa tahap kolesterol dan trigliserida anda dan ia mesti dibawah kawalan.
·         Makan makanan yang berserat (sayur dan buah-buahan).
·         Kekalkan berat badan yang sihat.

Saturday 19 May 2012

Life With Good Health And Harmony With Nature


Badan kita ini amanah Allah untuk kita menjaganya.. badan yang sihat membolehkan kita menguruskan kehidupan seharian di samping dapat beribadat kepada Allah.. Pencipta kita..

 Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Siapa berpagi-pagi dengan badan yang sihat, dengan hati yang baik (ikhlas dan tenang) dan dengan pasak seribu (makanan pengenyang) untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki sebuah dunia (memperolehi segala keperluannya).”